Masyarakat Berbilang Kaum Di Mukah Lakukan Upacara Memperingati Pemergian Tok Nan - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Masyarakat Berbilang Kaum Di Mukah Lakukan Upacara Memperingati Pemergian Tok Nan

Share This

MUKAH: Perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus teserlah apabila setiap kaum menjalankan upacara memperingati Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.
Allahyarham Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017 di Pusat Jantung Kota Samarahan.
Hari ini penduduk Mukah yang kukuh dalam aspek perpaduan turut tidak ketinggalan melakukan upacara memperingati Allahyarham Adenan.
Kira-kira 1,000 penduduk Islam melakukan upacara tahlil dan bacaan Yaasin di Masjid Setia Raja manakala masyarakat Kristian pula mengadakan sembahyang khas di Gereja Katolik St. Paul.
Upacara khas itu dianjurkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon Mukah diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.
Esok, jelajah bendera GPS akan diteruskan di Tebingan Mukah sebelum perjalanan menuju ke Selangau.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages