Menteri Kewangan Kata Tidak Wajar, Kerajaan Sarawak Bertegas Itu Hak Sarawak - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Menteri Kewangan Kata Tidak Wajar, Kerajaan Sarawak Bertegas Itu Hak Sarawak

Share This

KUCHING: Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 telah diadakan pada 17 Disember 2018 lepas menjelaskan Kerajaan Negeri Sarawak bertegas mereka mempunyai hak ke atas pelaksanaan cukai jualan ke atas barangan petroleum seperti yang diputuskan dalam pembentangan Bajet 2019 November lepas.

Pada sidang media pagi tadi, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menjelaskan bahawa keputusan Kerajaan Negeri Sarawak menguatkuasakan cukai jualan bahan petroleum adalah hak negeri Sarawak mengikut perlembagaan biarpun mendapat tentangan daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 

"Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) telah menyampaikan pandangan bahawa 'Sales Tax' ke atas petroleum adalah tidak wajar. 

"Sarawak menegaskan bahawa ini adalah hak Sarawak dan ianya dilaksanakan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 95C dan Jadual Kesepuluh. 

"Sarawak juga berpandangan bahawa ianya hendaklah mengambil kira cukai petroleum kerajaan Persekutuan (PITA) yang dikenakan oleh kerajaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Abang Zohari turut memaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali akan meneruskan perbincangan mengenai hal petroleum seperti dipersetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Pengerusi (Tun Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi supaya perbincangan mengenai isu berkenaan hal-hal petroleum diteruskan di antara kerajaan Sarawak dan PETRONAS," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages