PKR Mahu Baru Bian Rasmi Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano Bukannya Abang Jo - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

PKR Mahu Baru Bian Rasmi Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano Bukannya Abang Jo

Share This

Apabila 'Lembu punya susu, Sapi dapat nama' itulah yang berlaku ke atas Projek Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano-Sematan yang akan dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Sabtu, 26 Januari ini.

Mungkin PH menganggap mereka yang di dalam media sosial itu mudah percaya kepada kenyataan PKR dan PH itu, tetapi tidak bagi rakyat Sarawak yang tahu siapa yang sebenarnya melontar idea dan cadangan serta yang meluluskan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo itu sebelum ini. 

Cadangan itu sebenarnya telah diutarakan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Adenan Satem dan diluluskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Juga, bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof bekerja keras memastikan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. 

Malah, ketika ini Ketua Menteri Sarawak Abang Zohari telah menyambung dan memberikan sokongan kepada pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo itu dengan mengikut jadual untuk disiapkan.

Selepas peralihan kuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melantik Baru Bian memegang jawatan Menteri Kerja Raya sekaligus mengambil alih tugas yang pernah dijalankan Datuk Seri Fadilah Yusof. 

Apa yang telah dilakukan Baru Bian dan Kerajaan PH ialah mengurangkan kos pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dengan menggantikan bahan-bahan binaan kepada yang lebih murah bagi menjimatkan kos. 

Dalam media sosial khususnya Facebook Page milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berkokok mengatakan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Telok Melano-Sematan itu sepatutnya dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian dan bukannya Ketua Menteri Sarawak.

Pernah sebelum ini ahli dan penyokong PKR Sarawak dan PH mengatakan Projek Lebuh Raya Pan Borneo itu adalah idea dan ilham PH. Itulah anggapan dan kenyataan yang paling 'tragis' dalam menganggap Projek Lebuh Raya Pan Borneo itu adalah ilham PH.

Inilah Kerajaan PH dan PKR yang sentiasa mengambil kesempatan di atas usaha orang lain dalam mendapatkan nama. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages