Asrama Di SMK Agama Saratok Daif Dan Mendukacitakan! Mana JPN Sarawak? - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Asrama Di SMK Agama Saratok Daif Dan Mendukacitakan! Mana JPN Sarawak?

Share This

KUCHING: Sesi persekolahan tahun 2019 sepatutnya memberi senyuman kepada pelajar-pelajar lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di asrama.

Namun, ini tidak berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok apabila melihat kemudahan asrama seperti pintu, almari, bantal, tilam dan katil yang kelihatan usang dan sepatutnya sudah tidak lagi digunakan pelajar.

Tetapi, tidak bagi SMK Agama Saratok yang masih lagi menyediakan kemudahan seperti ini kepada pelajar bagi sesi baru 2019.

Melihat keadaan ini, ianya amat mendukacitakan dan tidak sewajarnya berlaku menjelang tahun 2020 dan di bawah Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) yang baharu.

Menerusi carian di internet, pengurusan SMK Agama Saratok ini di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) http://www.sekolahmy.com/N_SARAWAK/YRA2201.html 


Sebelum ini, ADUN Violet Yong telah mengumumkan sebanyak 174 sekolah rendah bantuan kerajaan yang terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan skeolah mubaligh di Sarawak telah mendapat peruntukan khas sebanyak RM9,390,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Dan tersebut dikatakan dimasukkan secara elektronik ke akaun masing-masing yang dipegagng oleh lembaga pengurusan sekolah.

Tetapi, tiada peruntukan untuk sekolah agama di Sarawak biarpun ianya terletak di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.


Apakah wujud diskriminasi ke atas pelajar-pelajar Islam di sekolah agama atau masih tiada peruntukan untuk disalurkan kepada sekolah agama di Sarawak daripada Kerajaan PH?




2 comments:

  1. https://www.facebook.com/790024611107007/posts/1866136476829143/
    maaf. sy rasa post ini melampau. ini keadaan sebenar di asrama sklh ini.

    ReplyDelete
  2. Kmk phm gine rasa cdak skolah tok d viral sbb masalah fasiliti kdk tok, ktk urg ingat cdak tok dudok ngangkang d opis jak kah sik molah surat mohon bantuan apa2 perabot atau keperluan lain, mun dah jbtn c dpt nak beri peruntukan, apa skolah dpt polah, tpaksalah sediakn apa yg tmampu jak, mun ktk urg kerja bhgn pgurusan skolah ya baru ktk urg rasa

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages