PKR 'Block' Jalan Yang Dibina Kerajaan Sarawak, Menyusahkan Rakyat - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

PKR 'Block' Jalan Yang Dibina Kerajaan Sarawak, Menyusahkan Rakyat

Share This

Tindakan segelintir ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Kuala Rajang yang menutup (block) jalan yang dibina Kerajaan Sarawak dilihat sesuatu yang keterlaluan dan menyusahkan rakyat.

Walaupun parti itu, baru sahaja diangkat sebagai Kerajaan Persekutuan selepas berjaya menang dengan menipu rakyat (tidak tunai manifesto), tetapi tindakan ahli dan penyokongnya di Sarawak ini menyusahkan rakyat.

Ini belum lagi apabila mendapat kuasa di Sarawak? Apakah lagi tindakan yang akan mereka lakukan selepas secara terang memperbodohkan rakyat dengan tidak menunaikan manifesto PRU14 lepas.


Tindakan ahli dan penyokong PKR Kuala Rajang itu telah menyebabkan rakyat susah untuk bergerak kerana jalan itu ialah satu-satunya yang digunakan penduduk untuk ke bandar. 

Lihat pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut. https://www.facebook.com/1819234924798140/posts/1987510637970567/ 

Malah, jalan itu juga menjadi hubungan seharian penduduk untuk datang bekerja mencari rezeki untuk keluarga.


Perbuatan mereka itu jauh berbeza dengan pendekatan yang digunakan pemimpin Kerajaan Sarawak yang masih boleh duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages