SEB Beri Amaran Keras Kepada Pihak Serang Kakitangannya - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

SEB Beri Amaran Keras Kepada Pihak Serang Kakitangannya

Share This

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) memberi amaran keras kepada pihak atau individu yang melakukan serangan semasa kakitangannya menjalankan tugas.
Dalam kenyataan akhbarnya semalam, SEB berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang berbuat demikian.
SEB bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran insiden seorang juruteknik dari bahagian utiliti SEB, Syarikat SESCO Berhad baru-baru ini diserang oleh pelanggan selepas menyambung semula bekalan kepada pemastautin pelanggan di Jalan Sungai Petai, Bintangor.
Pasukan yang terdiri daripada tiga orang termasuk polis bantuan tidak bertindak balas terhadap serangan itu sebaliknya telah membuat laporan polis selepas kejadian berlaku.
Juruteknik yang diserang mengalami kecederaan kecil dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sarikei.
Dipercayai bahawa pelanggan terbabit, yang menjalankan perniagaan sendiri, marah kerana bekalannya terputus sebelum penyambungan semula oleh pasukan yang sama. 
Bekalan elektrik telah terputus apabila pelanggan gagal menunaikan bil yang tertunggak selama lima bulan.
SEB sama sekali tidak akan bertolak ansur jika kakitangannya diserang. -Utusan Borneo Online

1 comment:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages