Pastikan GPS Terus Memerintah Selepas PRN Akan Datang - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Pastikan GPS Terus Memerintah Selepas PRN Akan Datang

Share This

MUKAH: Rakyat Sarawak perlu memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, hanya parti anak tempatan memahami denyut nadi rakyat negeri yang masih ketinggalan dalam banyak aspek.
Menurutnya, penubuhan GPS tepat pada masanya kerana parti komponen yang membentuknya sudah cukup matang untuk mentadbir Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia.
Sehubungan itu katanya, misi utama penubuhan GPS menuntut hak Sarawak juga adalah kesinambungan kepada perjuangan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.
Jelasnya, perjuangan itu kini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana masih ada hak Sarawak belum dikembalikan.
Ujarnya, pengembalian hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat perlu bagi memastikan kerajaan Sarawak di bawah GPS dapat membangunkan negeri ini secara lebih efisien.
Beliau berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Tebingan Mukah hari ini.
Selepas Mukah, rombongan jelajah menuju ke Selangau yang mengambil masa sejam menggunakan bas.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages