Lawas Destinasi Pertama Rombongan GPS Flag Rally 2019 - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Lawas Destinasi Pertama Rombongan GPS Flag Rally 2019

Share This

LAWAS: Selepas logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilancarkan pada 9 November lalu, Lawas menjadi destinasi pertama pengenalan pertubuhan politik anak tempatan itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanakan menerusi siri jelajah ke seluruh negeri selain penyerahan bendera turut berlangsung.

Selain Lawas, rombongan jelajah turut berkunjung ke Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhir sekali di Sadong Jaya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar yang juga ketua rombongan, Gerald Rentap Jabu berkata, jelajah tersebut diadakan untuk memperkenalkan logo dan lagu GPS seterusnya menyerahkan bendera disetiap destinasi hentian.

Menurutnya, kemuncak jelajah adalah pelancaran GPS pada 19 Januari yang bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat negeri ini dapat memberi sokongan terhadap politik baharu yang diterajui parti anak tempatan itu.

Jelasnya, ini kerana GPS merupakan satu-satunya parti yang mempertahankan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tambahnya, GPS merupakan benteng rakyat Sarawak dalam melindungi hasil bumi yang terdapat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages