GPS Penentu Masa Depan Sarawak - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

GPS Penentu Masa Depan Sarawak

Share This

LIMBANG: Penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh diibaratkan sebagai penentu masa depan Sarawak terutama dalam aspek pembangunan dan menuntut hak sewajarnya.
Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata GPS mempunyai kemampuan untuk menentukan hala tuju dalam memastikan Sarawak setanding dengan negeri maju lain di Malaysia.
Menurutnya, walaupun mempunyai hasil bumi yang banyak, Sarawak masih ketinggalan dalam banyak aspek terutama melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya.
Beliau berkata, GPS yang melibatkan empat parti komponen akan membolehkan generasi akan datang dapat merasai nikmat hasil bumi negeri ini.
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat Sarawak termasuk di Lawas supaya memberi sokongan padu kepada GPS untuk mentadbir negeri ini.
Henry turut melahirkan rasa bangga kerana Lawas menjadi destinasi pertama jelajah bendera GPS yang merupakan lipatan sejarah baharu dalam politik Sarawak.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar yang juga ketua rombongan jelajah berkata, sejarah politik baharu Sarawak bermula dari Lawas dengan pelepasan rombongan jelajah.
Jelasnya, penubuhan GPS melambangkan kebangkitan empat parti politik asal Sarawak dalam mempertahan dan menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tegasnya, rakyat Sarawak selama ini mahu diberi penghormatan dan orang luar tidak sepatutnya menggugat hasil bumi negeri ini untuk diwarisi kepada generasi akan datang.
Selepas Lawas, rombongan akan menjelajah Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhir sekali di Sadong Jaya.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages