PPBM Negeri Sarawak Terasa 'Panas Punggung' Selepas Pelancaran Logo GPS - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

PPBM Negeri Sarawak Terasa 'Panas Punggung' Selepas Pelancaran Logo GPS

Share This

KUCHING: Sambutan yang sangat menggalakkan terhadap logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilancarkan Pengerusi GPS merangkap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg semalam telah menyebabkan parti-parti pembangkang yang berasal dari Tanah Malaya berasa sakit hati.

Hanya selepas beberapa jam logo dan lagu GPS yang bertemakan 'Utamakan Sarawak', Parti Pribumi Bersatu Malaysia - Negeri Sarawak (PPBM) telah mengeluarkan satu status yang menampakkan 'kebodohan' yang melampau.

Sebelum ini, kemasukan parti PPBM itu di Sarawak tidak pernah dikritik apatah lagi dihalang, malah dialu-alukan ke Sarawak sebagai sebuah negeri yang mengamalkan demokrasi.

Status PPBM itu dilihat mengecam logo GPS yang berasaskan seekor burung Kenyalang telah menjadi kecaman besar. Apakah salah burung Kenyalang itu sehingga dikecam sedemikian rupa?


Jika diamati logo PPBM itu sendiri yang dikatakan diambil dari bunga raya, ia sebenarnya mirip logo Sukan Komanwel 1998. 

PPBM 'terpaksa' menyerang GPS selepas insiden kegagalan dan memalukan mereka sewaktu pelancaran PPBM di Bintulu, November lepas. 

Perasmian itu dianggap gagal kerana kerusi lebih ramai daripada 'penonton' di samping sambutan daripada masyarakat Bintulu tidak seperti yang diharapkan. 

Lebih memalukan walaupun parti 'Kerajaan' tetapi tetap memungut derma daripada orang yang hadir sehingga persoalannya, di manakah tujunya wang derma itu?


Inilah mentaliti pemimpin PPBM di Sarawak yang ternyata telah kehilangan idea dan isu selepas pelancaran logo GPS. Malah, senikata lagu GPS yang berjudul 'Utamakan Sarawak' juga sangat menarik perhatian dan menggambar objektif dan tujuan penubuhan GPS berteraskan rakyat Sarawak.

1 comment:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages