PKR Petra Jaya Buat Laporan Polis Ke Atas Fadillah Yusof Kerana Mempertahankan Hak Imigresen Sarawak - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

PKR Petra Jaya Buat Laporan Polis Ke Atas Fadillah Yusof Kerana Mempertahankan Hak Imigresen Sarawak

Share This

KUCHING: Disebabkan rela dan mahu Hak Imigresen Sarawak dihapuskan bagi membolehkan semua orang luar termasuk (kerabat Pakatan Harapan di Semenanjung) datang ke Sarawak sesuka hati dan seterusnya boleh menetap dan mengambil hak orang Sarawak, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Petra Jaya telah dan akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Hj Fadillah Hj Yusof.

Ini susulan daripada kenyataan Fadillah di Seminar MA63 Peringkat Parlimen Santubong, Ahad lepas yang menzahirkan kebimbangannya mengenai ada cubaan mahu menghapuskan Hak Imigresen Sarawak sama ada secara berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak ataupun bercakap dalam Dewan Rakyat. 


Sebelum ini, pada 3 November 2018 ada seorang Timbalan Menteri dari Semenanjung Malaysia telah berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak dan mengusulkan meminta hak Imigresen Sarawak dimansuhkan.

Dengan tegas, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dengan tegas mengatakan "I said no (Saya katakan tidak). Hak Imigresen adalah perkara yang harus kita pertahankan kerana kuasa Imigresen adalah kuasa kita sepertimana termaktub di dalam perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mungkin ketika itu pemimpin PKR Cabang Petra Jaya lupa, tetapi internet tidak pernah lupa. 


Baru-baru ini, pada 9 April 2019 di Dewan Rakyat semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dalam ucapan perbahasannya juga meminta Kerajaan Sarawak memansuhkan Hak Imigresen Sarawak seperti yang tertulis di dalam Hansard Dewan Rakyat.

Hansard Rasmi Dewan Rakyat

Bertarikh 9.4.2019 Page 32

Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun)
“Satu lagi perkara yang hendak saya bangkitkan di sini ialah, apa juga susunan nama negeri-negeri di dalam Perlembagaan kita, yang menjadi asas pentingnya ialah bahawa setiap di antara kita adalah negeri-negeri di dalam negara Malaysia. Dari negeri mana sekali pun kita datang, kita tetap warga Malaysia yang sama. Namun sehingga kini, rakyat Malaysia dari Semenanjung masih perlu mengemukakan pasport ataupun kad pengenalan untuk memasuki kedua-dua Sabah ataupun Sarawak yang mana kerenah birokrasi itu tidak diamalkan sekiranya warga Sabah dan Sarawak datang ke Semenanjung.

Saya merayu kepada rakan-rakan daripada kedua-dua Sabah dan Sarawak untuk pertimbangkan dengan izin, have the cake and eat it. Di mana, memohon macam-macam daripada Kerajaan Persekutuan dan saya yakin Kerajaan Persekutuan tetap akan memberi pertimbangan positif setiap permohonan daripada kedua-dua negeri ini. Akan tetapi pada waktu yang sama tidak berkompromi dalam hal-hal manifestasi kesatuan di antara kita sebagai negeri- negeri di dalam negara Malaysia ini.

Jadi, saya berharap bahawa dengan meletakkan perbahasan kita dalam konteks tidak hanya dari perspektif Sabah dan Sarawak tetapi juga dari kaca mata ataupun sudut negeri-negeri di bawah Semenanjung Tanah Melayu ini... 

(Disampuk)

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun]: ...Maka, kita pun dapat memahami bahawa Kerajaan Persekutuan berusaha sedaya yang mungkin untuk bersikap adil bagi setiap negeri-negeri yang ada dalam negara ini.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun]: Dalam keadaan kita memahami bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak itu hendak disamakan dengan negeri-negeri Semenanjung.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Jerlun, ada Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kapit hendak mencelah.

Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun]: Silakan Yang Berhormat Kapit.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Tadi saya dengar so, saya rasa terpanggil lah apabila Yang Berhormat menyentuh hal seolah-olah Sarawak dan Sabah ini tidak kompromi ya. Kita bukan tidak kompromi sebab disebut bab tadi apabila orang Malaya ataupun orang Tanah Melayu masuk ke Sarawak, hendak masuk ke Sabah perlu letakkan pasport ataupun MyKad. Jadi, itu bukan kita tidak kompromi, kita hendak mansuhkan itu. Sebab itu adalah hak kami. Itu adalah termaktub daripada yang kita dah janji. So, tidak boleh lah itu dipertikaikan. Kita kompromi dalam hal-hal yang lain. Kita semua tahu hasil daripada minyak dan gas kita berpuluh berdekad, berpuluh tahun pun kita sama-sama menikmati itu. Mungkin Sarawak agak kurang dan Sabah agak kurang. Mungkin di negeri-negeri lain termasuk - saya ingat. Saya bangga juga kalau Kedah ada dapat juga daripada hasil petroleum minyak.

Satu lagi, mengapa ini dipertikaikan sebab kita ada juga menyumbang kepada negara kita. Membantu kawan-kawan di negeri-negeri lain. Kita ada Petronas Twin Towers. Kita tidak puas dengan satu, kita hendak dua. Jadi, banyak kita gunakan duit yang dapat daripada hasil oil and gas dari bertahun-tahun dahulu, kita tidak pernah mempertikaikan itu juga. Mungkin sekarang tepat masanya kalau saya menuntut Yang Berhormat, satu rumah tower itu dinamakan rumah Sabah, satu tower lagi dinamakan rumah Sarawak. At least psychology pun kita bangga. Terima kasih.


Mungkin agaknya PKR Cabang Petra Jaya dan Pakatan Harapan (PH) Sarawak lupa akan kenyataan itu, tetapi rakyat Sarawak yang sayangkan negerinya tidak pernah lupa akan perbuatan 'orang luar' itu.

Dan, dalam Seminar MA63 Peringkat Parlimen Santubong, selepas diberikan penerangan kepada rakyat yang hadir bersetuju dan mahu Hak Imigresen Sarawak terus dipertahankan.


Kepada rakyat Sarawak yang sayangkan Sarawak, ayuhmarilah kita bersama pemimpin-pemimpin GPS yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak tidak seperti pemimpin PH Sarawak yang mahu hak dan kepentingan rakyat Sarawak terus dihakis malah dipermainkan dan dimansuhkan demi untuk menghalalkan matlamat mereka untuk mengaut keuntungan daripada hasil bumi Sarawak seperti minyak, gas dan tanah Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages