Agenda Warisan Pintar Old Kuching Smart Heritage Agenda Bermula Isnin - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Agenda Warisan Pintar Old Kuching Smart Heritage Agenda Bermula Isnin

Share This

KUCHING: Program Agenda Warisan Pintar Old Kuching SMART HERITAGE AGENDA yang akan menampilkan pelbagai acara dan program untuk rakyat akan bermula Isnin ini.

Ianya dibawakan khas oleh Kerajaan Sarawak, Old Kuching Smart Heritage, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Kepada penduduk khususnya di Bandaraya Kuching dan Sarawak amnya, adalah dipelawa menyertai dan merasai kemeriahannya bersempena musim cuti sekolah yang telah bermula ketika ini.

Pelbagai acara dan program telah diatur di sepanjang 7 hari penganjurannya bermula 25 hingga 31 Mac 2019 bertempat di Tebingan Kuching.


1. Ceramah Perdana Bersama YBhg Dato' Ustaz Kazim Elias (29 Mac 2019, Jumaat, 8.00 malam.
2. Nightly Heritages Show 'Unity in Diversity Heritage Show' menampilkan persembahan daripada Kumpulan Tuku Kamek (25 Mac 2019), Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (Jefydin, Nurafizah Busman, Frenaboys, O'Skool & Freanz dan Artis Budaya JKKN Sarawak (26 Mac 2019), Buluh Berkocak Band (28 Mac 2019) dan Malam 2 Budaya menampilkan Ir Radzi & Cita Citata (30 Mac 2019).
3. Pameran dari jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak (25 hingga 31 Mac 2019)
4. Heritage Night Run 4km pada 30 Mac 2019, Sabtu, 8.30 malam
5. Heritage Fun Ride 30 km pada 31 Mac 2019, Ahad, 7.00 pagi
6. Heritage Water Sport antaranya pertandingan Tarik Tali Dalam Perahu pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Pumpski & Pumpboat pada 30 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Kenyalang pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Tambang pada 31 Mac 2019 dan Pertandingan Kayak 31 Mac 20019. 
7. Martial Art Competition pada 26 hingga 29 Mac 2019
8. Kejohanan Street Soccer pada 25 hingga 31 Mac di Perkarangan Tempat Letak Kereta Masjid Bandar Kuching (India)
9. Kiddies Corner menyajikan Pertandingan Creative 3D Art pada 30 Mac 2019, Sabtu dan Melukis Budaya Warisan pada 30 Mac 2019
10. E-Games (e-sport pavilion) mempersembahkan Mobile Legends, Bategrounds dan FIFA19 pada 25 hingga 30 Mac 2019
11. Heritage Games (Permainan Warisan) pada 30 hingga 31 Mac 2019
12. Old Kuching Heritage Amazing Races pada 31 Mac 2019
13. Kuching Got Talent pada 30 hingga 31 Mac 2019 
14. Photo and Video Upload Contest pada 31 Mac 2019
15. Speaker Corner pada 25 hingga 31 Mac 2019
16. DJ Corner pada 25 hingga 31 Mac 2019
17. e-Peraduan pada 25 hingga 31 Mac 2019
18. Busking Marathon pada 25 hingga 31 Mac 2019
19. Dapur Heritage pada 25 hingga 31 Mac 2019
20. Food Truck pada 25 hingga 31 Mac 2019
21. Flea Market pada 29 hingga 31 Mac 2019

#AgendaOKSHE

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages