Tamparan Hebat Buat DAP Dan Aziz Isa, SUPP Kini Jadi Pilihan Rakyat - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tamparan Hebat Buat DAP Dan Aziz Isa, SUPP Kini Jadi Pilihan Rakyat

Share This

KUCHING: Akibat daripada kegagalan kerana tidak menunaikan janji yang ditaburkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching, seramai 70 orang anggota DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Haji Baki keluar parti dan menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, semalam.

Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian SUPP kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang semalam.

Menurut salah seorang bekas anggota DAP, Yuseri Suhaili berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan DAP kerana pemimpin tempatan parti gagal memenuhi janji yang mereka buat untuk membantu penduduk kampung.

"Mereka hanya tahu bagaimana membuat janji kosong, jadi sekarang kami menyertai SUPP kerana kami percaya SUPP dapat membantu kami," katanya ketika ditemui semasa menyerahkan borang keahlian SUPP kepada Lo Khere Chiang dalam satu majlis ringkas.

Yusri, yang menyertai DAP pada 2010, berkata seramai 72 penduduk kampung berhenti daripada DAP dan PKR untuk menyertai SUPP, yang merupakan sebahagian daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Lo ketika ditanya wartawan berkata DAP tidak dapat berbuat banyak untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang memandangkan pelbagai projek infrastruktur di kawasan itu dijalankan oleh kerajaan negeri.

"Peruntukan yang telah diserahkan di kawasan DUN Batu Kitang ini adalah datangnya dari Kerajaan Negeri Sarawak. Sangat sedikit datang dari kerajaan persekutuan," katanya.

Kampung Haji Baki merupakan sebahagian daripada kampung di dalam kawasan DUN Batu Kitang.

Lo menambah bahawa beliau telah memasukkan banyak projek saliran dan jalan untuk kampung-kampung di kawasannya sejak beliau dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

"Seingat saya selama menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Batu Kitang ini, saya telah melakukan pekerjaan yang baik. Selama bertahun-tahun sejak pilihan raya saya telah mencuba yang terbaik.

"Secara ikhlas, saya ingin melihat kampung-kampung itu bertambah baik," katanya.

Perkembangan ini suatu yang menarik kepada GPS yang akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Januari ini dan ke arah menjadikan parti tempatan Sarawak pilihan kepada rakyat Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang yang dijangka pada 2021. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages