Lagi U-Turn, Baru Bian Salahkan Media FMT Salah Lapor Kenyataannya - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Lagi U-Turn, Baru Bian Salahkan Media FMT Salah Lapor Kenyataannya

Share This

KUCHING: Selepas dihentam banyak pihak termasuk bekas Menteri Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof ekoran kenyataan yang meminta Kerajaan Negeri menggunakan dananya untuk menyelenggara Jalan Persekutuan dan Jalan Kampung, Menteri Kerja Raya Baru Bian terpaksa membuat 'u-turn' dan menyalahkan media tersilap lapor.

Pada 4 Januari, sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) menerusi wartawannya Predeep Nambiar telah memuat naik sebuah artikel berita bertajuk 'State may asked to maintain federal, rural roads with own funds' pada jam 2.15 petang. 

Ekoran penyebaran artikel itu di media sosial, banyak pihak khususnya Kerajaan Negeri dan rakyat mempersoalkan di manakah tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menjaga kemudahan rakyat?

Rakyat sudah mula muak dengan alasan Kerajaan PH yang menggunakan alasan hutang banyak dan ekonomi tidak baik hingga memaksa tanggungjawab tersebut diserahkan kepada orang lain.

Peliknya, banyak projek kerajaan terdahulu yang telah diluluskan dan dipersetujui pembinaannya dibatalkan khususnya di Sarawak termasuk tiga jambatan utama iaitu Jambatan Batang Lupar, Jambatan Igan dan Jambatan Rambungan.


Atas sebab itu, Baru Bian telah meminta media menukar kembali kenyataanya dengan yang baru atau dalam erti kata lain 'u-turn'.

Penukaran ini sekaligus memperlihatkan apa yang dilaporkan FMT pada awalnya itu 'silap'. Apakah rakyat mudah percaya kepada artikel atau berita kedua selepas mengetahui bahawa berita awalnya.


Selain FMT, akhbar tempatan The Borneopost turut menyiarkan artikel terbaru Baru Bian selepas diminta Setiausaha Akhbar Baru Bian berbuat demikian ekoran daripada ada sesuatu yang tidak kena. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages