Setiap Ahli Berperanan Promosikan GPS - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Setiap Ahli Berperanan Promosikan GPS

Share This

BEKENU: Setiap ahli parti komponen di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) memainkan peranan penting dalam memperkenalkan entiti politik baharu itu di peringkat akar umbi.
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Rosey Yunus berkata, ini kerana mereka perlu meningkatkan keyakinan dan mengelak kekeliruan pengundi berkaitan GPS.
Menurutnya, setiap lapisan masyarakat harus mengenali burung kenyalang yang merupakan logo rasmi GPS.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menjelaskan, GPS merupakan satu-satunya gabungan politik yang mempunyai visi jelas dalam melindungi hak Sarawak.
Rosey berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat menjelaskan, perjuangan GPS tidak hanya setakat siri jelajah kerana lebih banyak program bersama masyarakat diadakan selepas ini.
Menurutnya, setiap lapisan masyarakat perlu diberikan penerangan jelas tentang hala tuju GPS yang merupakan wadah baharu politik Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages