Salahkan Kerajaan Terdahulu, Chong Dikritik Rakyat Sarawak - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Salahkan Kerajaan Terdahulu, Chong Dikritik Rakyat Sarawak

Share This

KUCHING: Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang menyalahkan kerajaan sebelumnya Barisan Nasional (BN) terhadap masalah kekurangan petrol atau diesel di Kapit ketika ini dikritik rakyat Sarawak.

"Sebelum ini, ramai yang memohon untuk membuka lebih banyak stesen petrol untuk kegunaan kepada rakyat sekitarnya.

"Namun permohonan tersebut telah ditolak dan dilengahkan oleh kerajaan sebelum ini dan akibat daripada itu penduduk di Kapit menghadapi masalah kekurangan petrol dan diesel selain menanggung harga yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik akhbar tempatan Utusan Borneo.

Disebabkan itu, rakyat telah melakukan pembelian panik dalam usaha mendapatkan minyak bagi keperluan harian. 

Menjadikan alasan kekurangan minyak di Kapit disebabkan hanya terdapat dua stesen minyak selain menyalahkan kerajaan BN sebelumnya tidak menjawab kepada permasalahan yang dihadapi rakyat di Kapit dan beberapa kawasan lain di Sarawak.


Ini kerana sepanjang kerajaan BN dahulu, tidak pernah berlakunya masalah kekurangan minyak berlaku di kawasan Kapit dan ini merupakan yang pertama seumpamanya.

Jika ada sekalipun berlaku disebabkan kelewatan sumber bahan api itu sampai khususnya di kawasan terpencil di Sarawak.

Sepatutnya Chong dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencari jalan mengatasi masalah ini dan bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak. 

Mereka bukan lagi pembangkang, tetapi Kerajaan dan sepatutnya memikirkan jalan mengatasi isu rakyat. 

Selepas kenyataan Kerajaan Persekutuan PH yang menangguhkan penetapan harga minyak di pasaran dan meneruskan sistem penyeragaman harga telah menimbulkan resah di kalangan pengusaha minyak.


Berdasarkan harga pasaran minyak dunia yang turun, sepatutnya harga minyak di Malaysia akan turut sama, tetapi tidak berlaku disebabkan keputusan Kerajaan PH telah menangguhkan penetapan harga minyak di pasaran. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages