Keunikan Budaya Masyarakat Iban Iringi Jelajah Bendera GPS Di Kapit - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Keunikan Budaya Masyarakat Iban Iringi Jelajah Bendera GPS Di Kapit

Share This

KAPIT: Keunikan budaya masyarakat Iban jelas teserlah pada program Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Rumah Panjang Edison Bugap, Sungai Melekun, Kapit.

Program di rumah panjang 42 pintu yang dihadiri 1,000 orang itu dimulakan dengan upacara miring dan berpantun.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat, setiap ahli GPS perlu memberi penerangan kepada setiap lapisan masyarakat berkaitan logo pimpinan anak tempatan itu.

Beliau berkata, GPS yang menggunakan logo berbentuk S menyerupai burung kenyalang adalah penentu masa depan Sarawak.

Tambahnya, hanya parti tempatan memahami denyut nadi rakyat dan masyarakat tidak perlu menukar kerajaan yang tidak terbukti kemampuannya.

Sementara itu, ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang berkata, penduduk parlimen Kapit dan Hulu Rajang perlu terus memberi sokongan kepada GPS pada PRN akan datang.

Tambahnya, parti luar perlu ditolak kerana rakyat Sarawak kini mempunyai parti pimpinan anak tempatan yang mempunyai perjuangan jelas mempertahankan hak Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages