KAPIT:
Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wilson Ugak melahirkan
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan kembali membentuk kerajaan negeri
selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata, sejak ditubuhkan, GPS
semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat negeri ini termasuk
komuniti Cina.
Menurutnya,
penubuhan GPS juga menyedikan platform politik baharu kepada anak
Sarawak dan generasi akan datang kerana 100 peratus dipimpin anak
tempatan.
Ujarnya,
kerajan Sarawak juga kini boleh membuat keputusan sendiri tanpa perlu
bergantung kepada pihak lain dari Semenanjung Malaysia seperti sebelum
ini.
Sehubungan
itu beliau menasihati rakyat negeri ini menolak propaganda dimainkan
Pakatan Harapan (PH) terutama melibatkan isu tanah.
Wilson
menjelaskan, kerajaan Sarawak menerusi Timbalan Ketua Menteri Datuk
Amar Douglas Uggah Embas sentiasa peka terhadap isu tersebut dan cuba
menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Rumah Edison Bugak, Sungai Melekun, Kapit malam ini.
No comments:
Post a Comment