Douglas Sanggah Kenyataan Baru Bian, Kerajaan Negeri Sarawak Bayar Elaun Ketua Masyarakat - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Douglas Sanggah Kenyataan Baru Bian, Kerajaan Negeri Sarawak Bayar Elaun Ketua Masyarakat

Share This

KUCHING: Elaun bulanan ketua masyarakat yang terdiri daripada temenggung, pemanca dan penghulu dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.
Justeru, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dakwaan bahawa kerajaan persekutuan membayar 70 peratus daripada elaun ketua masyarakat di Sarawak adalah tidak benar.
“Kami mahu membetulkan laporan media sosial mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian atas dakwaan tersebut.
“Kenyataannya tidak benar kerana sebenarnya elaun ketua masyarakat adalah dibayar sepenuhnya oleh kerajaan negeri. 
“Kita perlu membuat penjelasan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berikutan kenyataan Baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Uggah berkata kini terdapat sejumlah 589 ketua masyarakat di seluruh negeri.
Mengenai ketua kaum yang terdiri daripada tuai rumah, ketua kampung dan kapitan Cina, Uggah berkata apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada Mei tahun ini, ia telah memaklumkan kepada Kerajaan Sarawak bahawa kerajaan persekutuan tidak lagi dapat membayar gaji mereka.
“Tetapi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari membuat keputusan untuk kerajaan negeri mengambil alih pembayaran itu,” jelasnya.
Menurut Uggah lagi, Kerajaan Sarawak pada 5 Disember lalu telah menerima peruntukan sebanyak RM7.769 juta daripada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji mereka dari Oktober hingga Disember tahun ini pada kadar RM500 seorang.
Namun demikian, katanya memandangkan gaji biasa ketua kaum ialah RM900 seorang, maka Kerajaan Sarawak perlu membayar bakinya.
Uggah berkata Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Datuk Seri Rina Harun juga telah menyatakan persetujuannya bahawa pelantikan ketua kaum akan diserahkan kepada Kerajaan Sarawak.
“Kami setakat ini tidak menerima apa-apa syarat baharu untuk pelantikan mereka seperti yang didakwa oleh Baru yang disebarkan dalam media sosial,” katanya. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages