Bukan 5 Peratus Tetapi 20 Peratus Cukai Ke Atas Petroleum Dan Produk petroleum - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Bukan 5 Peratus Tetapi 20 Peratus Cukai Ke Atas Petroleum Dan Produk petroleum

Share This

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo menggesa Kerajaan Sarawak mengenakan cukai jualan 20 peratus ke atas petroleum dan produk petroleum.
Beliau berkata cukai lima peratus yang dikenakan ketika ini tidak menyumbang hasil yang banyak untuk Sarawak membiayai sekolah serta pembangunan infrastruktur di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) telah menyekat pembangunan ekonomi Sarawak dengan mengurangkan peruntukan terutama berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur.
Malah ujarnya, penularan wabak rabies masih belum dapat dikekang tetapi pada masa sama mengumumkan projek-projek mega seperti kereta nasional ketiga, jambatan dan infrastruktur di Semenanjung Malaysia.
“Oleh itu STAR menggesa Kerajaan Sarawak mengenakan cukai sebanyak 20 peratus ke atas petroleum dan produk petroleum, bukannya lima peratus seperti ketika ini.
“Hasil daripada cukai ini (20 peratus) boleh digunakan bagi membiayai sekolah, projek infrastruktur dan memulakan penyediaan dana untuk generasi akan datang,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu 2019 beliau semalam.
Soo menambah, sudah tiba masanya untuk Sarawak ‘menjaga diri sendiri’ agar dapat mengejar serta setanding negeri lain di Semenanjung Malaysia, bukannya terus menjadi sumber kewangan kerajaan persekutuan sejak sekian lama.
“Kerajaan persekutuan telah membatalkan terlalu banyak projek kita dan me-ngurangkan peruntukan untuk Sarawak. 
“Malah dana untuk memotong rumput di tepi jalan persekutuan turut dikurangkan.
“Pada masa sama Menteri Kerja Raya (Baru Bian) yang merupakan rakyat Sarawak, mengumumkan pembatalan pembinaan tiga projek jambatan di negeri ini tetapi mengumumkan projek mega untuk Pulau Pinang dan Kedah.
“Tidak ada wang untuk Sarawak, tetapi ada wang untuk pembangunan di Semenanjung Malaysia,” ujarnya.
Soo berkata janji-janji pilihan raya PH untuk mengembalikan 50 peratus cukai Sarawak dan 20 peratus royalti minyak, tidak ditunaikan.
Katanya semua janji-janji manis itu, PH Sarawak gagal ‘memberikan hadiah’ kepada pengundi yang telah mengundi untuk perubahan dan reformasi.
“Tiada yang dibanggakan dengan kejatuhan harga telur ayam sebanyak dua sen sedangkan harga makanan serta minuman di kedai kopi sangat mahal.
“Harga komoditi seperti kelapa sawit dan lada jatuh ke paras terendah, pasaran saham masih lemah dan dana asing lari dari Malaysia. Tiada peluang pekerjaan baharu diwujudkan dan graduan menganggur meningkat,” ujarnya. -Utusan Borneo Online
  • No comments:

    Post a Comment

    Post Bottom Ad

    Responsive Ads Here

    Pages