Dicadangkan Berpindah, Penduduk Kampung Muk Ayung Tolak - Dr Jerip - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Dicadangkan Berpindah, Penduduk Kampung Muk Ayung Tolak - Dr Jerip

Share This

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah mengadakan beberapa usaha untuk memindahkan 47 buah keluarga di Kampung Muk Ayung yang terjejas disebabkan pembinaan Empangan Bengoh, tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Dr Jerip Susil berkata pihaknya sebelum ini telah beberapa kali mengadakan rundingan dan cadangan untuk memindahkan penduduk Kampung Muk Ayung ke kawasan Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) termasuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi gagal.

"Penduduk Kampung Muk Ayung perlu berpindah disebabkan penempatan mereka terletak di dalam projek pembinaan Empangan Bengoh. 

"Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan termasuk mengajak PKR Mambong untuk memujuk mereka berpindah ke Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) tetapi tidak berjaya. Di BRS, penduduk bukan sahaja diberikan percuma tetapi turut diberikan tanah pertanian untuk diusahakan," katanya.

Beliau mengadakan sidang media ini bagi menjawab tuduhan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang membangkitkan penduduk Kampung Muk Ayung jauh ketinggalan dari arus pembangunan di dalam media sosial di Balai Raya Kampung Rejoi, BRS di sini, pagi tadi. 

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Pengangkutan mahu perkara ini diselesaikan segera bagi membolehkan Empangan Bengoh ini dapat digunakan sepenuhnya.

"Sidang media pagi ini diadakan untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri Sarawak bahawa perkara ini telah diambil tindakan sekaligus menafikan dakwaan negatif yang dilontarkan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

"Hari ini saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak ada mengemukakan cadangan dan meminta penduduk Kampung Muk Ayung untuk berpindah demi untuk keselesaan dan kesenangan semua pihak.

"Bagaimanapun, segala usaha yang dikemukakan kepada mereka tidak menemui jalan penyelesaian.

"Apa yang dibangkitkan Dr Kelvin Yii itu sama sekali tidak benar sebaliknya bertujuan mempunyai kepentingan politik semata-mata," tambahnya.  

Hadir sama Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Kecil Padawan Rangen Ak Jamang, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching Ho King Foo, wakil Lembaga Air Kuching dan wakil Jabatan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (JBALB). 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages