Lim Guan Eng Diminta Jangan Politikkan Isu Cukai Pelancongan - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Lim Guan Eng Diminta Jangan Politikkan Isu Cukai Pelancongan

Share This

KUCHING: Menteri Kewangan Lim Guan Eng sepatutnya lebih profesional menangani isu termasuk cukai pelancongan yang perlu dibayar kepada negeri ini dan tidak mempolitikkan isu terbabit.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan menyangkal hak bahagian cukai pelancongan Sarawak tidak akan membantu industri pelancongan Sarawak dan ekonomi keseluruhannya.
“Kenapa mesti Menteri, Guan Eng (Lim Guan Eng) emosi dan meminta Sarawak membayar balik pinjaman tertunggaknya kepada kerajaan persekutuan yang sama sekali tiada kaitan dengan perkara yang saya maksudkan (cukai pelancongan)?
“Jadilah seorang yang profesional dalam menangani isu. Pinjaman atau hutang Sarawak kepada kerajaan persekutuan mempunyai syarat pembayaran baliknya tersendiri. 
“Kerajaan Sarawak tahu untuk menanganinya dan saya tahu kerajaan negeri juga mengetahui tentang kewajipannya dalam membayar pinjaman atau hutang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata demikian menjawab kenyataan daripada Lim Guan Eng berhubung cukai pelancongan Sarawak yang masih belum dibayar kerajaan persekutuan di mana Menteri Kewangan menafikan perkara berkenaan.
Lim dalam kenyataan turut berkata, Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tidak ada negeri lain seperti Sabah yang menerima agihan pelancongan seperti difitnahkan oleh Karim.
“Pertamanya, kerajaan persekutuan tidak memihak kepada mana-mana negeri dengan mengagihkan cukai pelancongan kepada negeri tertentu tetapi pada masa sama tidak memberinya kepada negeri Sarawak.
Tambah Karim, beliau bertanyakan tentang pembayaran cukai berkenaan daripada kerajaan persekutuan atas kapasiti sebagai menteri yang menjaga pelancongan.
Katanya, tiada sebarang niat untuk memfitnah, mempolitikkan atau menipu sesiapa sahaja tetapi sebagai menteri bertanggungjawab terhadap pelancongan beliau hanya bertanya apa yang dijanjikan sama ada daripada kerajaan sebelumnya atau kerajaan sekarang. 
“Kedua-dua (kerajaan terdahulu dan sekarang) bersetuju semasa pengumuman di Parlimen bahawa 50 peratus daripada cukai pelancongan dikumpulkan oleh mana-mana negeri disalurkan kembali ke negeri masing-masing untuk tujuan aktiviti pelancongan.
“Adakah saya berpolitik atau menggunakan ‘fitnah’ dalam proses saya menanyakan apa yang perlu dilakukan kepada negeri mengenai perkara yang telah dijanjikan oleh Kementerian Pelancongan dan Menteri Kewangan sekarang,” tegasnya.
Beliau berkata, apa yang dilakukannya adalah hanya untuk memaklumkan permintaan cukai yang perlu dibayar kepada Sarawak.
“Saya berada di Sabah baru-baru ini dan bertanya sama ada Sabah telah menerima bayaran berkenaan dan jawapan diberikan kepada saya adalah dibayar,” katanya sambil memberitahu, malahan jumlah sebenar cukai pelancongan yang dikumpulkan dari Sarawak sudah diketahui.
Beliau mendedahkan untuk rekod, jumlah cukai pelancongan yang dikutip dari Sarawak ialah RM4,653,301 dari tempoh September 2017 hingga September 2018 menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan separuh daripadanya telah dijanjikan untuk dikembalikan kepada Sarawak. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages