Sarawak Akan Punyai Larangan Merokok Tersendiri - Dr Sim - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sarawak Akan Punyai Larangan Merokok Tersendiri - Dr Sim

Share This

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian kecewa dengan gambaran salah sesetengah pihak terhadap Sarawak berhubung isu larangan merokok. 
Menegaskan perkara itu, Dr Sim berkata merokok adalah tidak baik untuk kesihatan bukan sahaja kepada perokok tetapi juga bukan perokok. 
"Kita perlu lakukan lebih banyak ke atas produk tembakau bukan sahaja dengan perundangan tetapi juga secara holistik. 
"Sarawak akan mempunyai larangan merokok tersendiri dengan mengambil kira pertimbangan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, sama seperti imigresen di mana kita ada hak imigresen," katanya. 
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan hari ini berhubung pendiriannya bahawa Sarawak tidak perlu melaksanakan larangan merokok di semua tempat makan berkuat kuasa 1 Januari ini. 
Tambah Dr Sim, sebagai pakar kardiologi, beliau menyokong kempen anti merokok sepanjang kerjayanya dan akan terus berbuat demikian. 
Sebagai rakyat Sarawak pula, beliau harus pastikan kepentingan Sarawak dijaga dan dilindungi di bawah undang-undang terutama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan. 
Semalam, Dr Sim menegaskan bahawa penguatkuasaan larangan merokok bermula 1 Januari ini oleh Kerajaan Persekutuan tidak melibatkan Sarawak. 
Jelasnya, polisi baharu tersebut tidak terpakai di Sarawak kerana Sarawak mempunyai Ordinan Kerajaan Tempatan sendiri. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages