Kasut Hitam Jadi Pilihan Ibu Bapa Menjelang Pembukaan Sesi Persekolahan 2019 - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Kasut Hitam Jadi Pilihan Ibu Bapa Menjelang Pembukaan Sesi Persekolahan 2019

Share This

KUCHING: Walaupun pelaksanaan kasut hitam sekolah belum diwajibkan namun kelihatan longgokan kasut sekolah berwarna hitam di premis perniagaan di sekitar bandar raya ini sudah mulai sama dengan kasut sekolah biasa atau berwarna putih.

Malahan tinjauan mendapati daripada aspek harga ia tiada beza dengan kasut berwarna putih yang menawarkan harga dalam lingkungan RM18 hingga RM40 lebih mengikut jenama serta kualiti kasut.
Bagi segelintir pemilik premis pula, penjualan kasut hitam telah lama diadakan namun pada musim dekat de-ngan sesi permulaan sekolah, longgokan kasut hitam lebih kurang sama dengan kasut sekolah berwarna putih.
Meskipun harga kasut hitam mencecah RM40 ke atas tetapi mereka mengadakan jualan promosi atau potongan harga sempena musim persekolahan yang bakal kunjung tiba.
Sementara itu ibu bapa yang ditemui pula menyatakan bahawa mereka memilih kasut hitam walaupun ia belum dilaksanakan memandangkan kini harganya hampir sama dengan kasut sekolah putih.
Muzakarah Aduka ketika ditemui berkata, dia memilih kasut hitam untuk dua anaknya untuk mempraktikkan pemakaian kasut hitam sebelum ia dilaksanakan.
“Tambahan kasut hitam ini tidak cepat kotor berbanding kasut putih, khasnya anak-anak sekolah rendah.
“Dari segi harga pula, kasut hitam lebih kurang sama dengan kasut putih. Jadi saya lebih memilih kasut hitam,” katanya sambil memberitahu, walaupun pihak sekolah anaknya belum mempunyai arahan wajib untuk memakai kasut hitam.
Namun katanya, kasut putih anak-anaknya masih digunakan memandangkan mereka masih boleh menggunakan kasut putih sebagai ganti.
Bagi Juliana Ninka, kesemua empat anaknya yang masih bersekolah menggunakan kasut hitam pada sesi permulaan sekolah tahun depan.
Dia berkata, ada sesetengah sekolah telah memberi pilihan untuk menggunakan kasut hitam kepada pelajar mereka.
“Saya membeli kasut hitam untuk semua anak saya dan kasut hitam ini agak bersih daripada kasut putih yang cepat kelihatan kotor. 
“Tambahan ada sekolah yang telah memberi pilihan kepada pelajar menggunakan kasut hitam dan kita kena patuh arahan,” katanya.
Mengenai harga yang ditawarkan, Juliana berkata harga kasut hitam lebih kurang sama dengan kasut putih mengikut jenama kasut.
“Harga kasut lebih kurang sama, ada yang dalam lingkungan RM20 lebih dan ada yang lebih tinggi mengikut jenama,” katanya.
Sementara itu baru-baru ini, akhbar dipetik sebagai berkata pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan, merangkumi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan pembekal.
“Kementerian bersetuju bahawa pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages