Baru Bian Sila Letak Jawatan! Gagal Bawa Suara Rakyat Sarawak Dalam Kerajaan Persekutuan - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Baru Bian Sila Letak Jawatan! Gagal Bawa Suara Rakyat Sarawak Dalam Kerajaan Persekutuan

Share This

Menteri Kerja Raya Baru Bian diminta letak jawatan kerana gagal membawa 'suara' rakyat Sarawak di dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) walaupun memegang jawatan menteri penuh.

Malah, kenyataannya baru-baru ini yang menyatakan tiga (3) buah jambatan di Sarawak ditangguhkan akibat kekangan kewangan yang dihadapi Kerajaan (PH) tidak masuk akal dan mendukacitakan majoriti rakyat Sarawak.

Jika benar kekangan kewangan, bagaimana pula Menteri Besar Kedah boleh mengumumkan Kerajaan PH menerima rayuan Kerajaan Kedah dengan meluluskan 11 projek membina dan menaik taraf infrastruktur di negeri itu. 


Selain 11 projek di Kedah, Kerajaan PH juga telah meluluskan penubuhan Perusahaan Kereta Nasional Ketiga bagi menggantikan Proton yang dianggap Perdana Menteri Dr Mahathir sebagai tidak lagi relevan kerana hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat Geely. 

Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir yang terkenal dengan 'Jambatan Bengkok' turut mengumumkan meneruskan pembinaan jambatan itu walaupun cadangan sebelum ini dibatalkan Kerajaan BN atas alasan tidak mempunyai kepentingan berbanding pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia (Johor) dengan Singapura.

Demikian juga dengan pembinaan kemudahan MRT di Kuala Lumpur yang diluluskan pembinaannya walaupun sering kali mengatakan perlu dilihat semula disebabkan kos terlalu tinggi dan memberi kesan kepada kewangan negara. 

Keadaan ketika ini benar-benar amat mendukacitakan rakyat Sarawak yang mengharapkan agar adanya projek kemudahan dan infrastruktur dibina di Sarawak selepas pengambilalihan tampuk pemerintahan 9 Mei lepas.

Bukan itu sahaja, Kerajaan PH menerusi beberapa Menteri Persekutuan yang datang ke Sarawak dan berjumpa dengan Ketua Menteri bagi memaklumkan mengenai pembatalan beberapa projek pembangunan rakyat yang diumumkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. 

Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak dalam pembentangan Bajet 2019 Sarawak November lepas mengambil keputusan membiayai sendiri projek-projek yang telah dibatalkan Kerajaan PH. 

Ini termasuklah tiga (3) buah jambatan yang ditangguhkan pembinaannya iaitu Jambatan Igan, Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Rambungan.

Susulan kenyataan Baru Bian di media mengenai penangguhan pembinaan tiga (3) jambatan itu, Menteri Muda (Jalan Pesisir) Datuk Julaihi Narawi telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan meneruskan projek pembinaan jambatan itu bagi keperluan rakyat.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lepas, Baru Bian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'kelalan pernah didesak oleh ADUN Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menjelaskan pendirian beliau terhadap penangguhan pembinaan jambatan di Sarawak, tetapi gagal berbuat demikian dan terpaksa meminta pengecualian tidak hadir di DUN bagi tempoh beberapa hari atas alasan tugasan sebagai Menteri Kerja Raya. 

Tindakan Baru Bian dan pemimpin PH Sarawak dalam membantu membangunkan kemudahan dan infrastruktur di Sarawak jelas melanggar manifesto dan aku janji mereka kepada rakyat selepas memperoleh kuasa.

Dalam PRU14 lalu, PH Sarawak telah menggariskan tujuh teras dalam manifestonya antaranya menghapuskan GST dan mengekalkan BR1M, menstabilkan harga minyak dan mengembalikan subsidi petrol bersasar, mengembalikan 20 peratus royalti minyak, 50 peratus pendapatan cukai wilayah Sarawak kepada Sarawak, mengembalikan hak keputusan dalam pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak, membina infrastruktur awam dan menyediakan kemudahan dasar, menyediakan 100,000 pekerjaan untuk belia Sarawak yang menganggur serta mereformasi institut pentadbiran dan politik.


Bagaimanapun, seperti biasa pemimpin PH ini bukan sahaja menyalahkan rakyat yang terlalu mendesak mereka menunaikan janji atau manifesto, tetapi juga sering kali membuat keputusan dahulu sebelum kajian seperti mana yang sering kali diumumkan menteri termasuklah berkaitan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kasut hitam. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages