Kerajaan Sarawak Beri Peruntukan RM400,000 Untuk Gereja-Gereja Anglikan Di Miri - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Kerajaan Sarawak Beri Peruntukan RM400,000 Untuk Gereja-Gereja Anglikan Di Miri

Share This

MIRI: Kerajaan Negeri melalui Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk gereja-gereja Anglikan di Miri, bagi menampung keperluan pembaikian, pembangunan dan aktiviti keagamaan mereka. 
Peruntukan itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, juga menteri yang bertanggungjawab menjaga UNIFOR, di majlis makan malam ulang tahun kedua Holy Trinity Parish, Lambir, di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi. 
Dana RM400,000 berkenaan adalah untuk gereja Anglikan di Miri yang terdiri daripada empat buah iaitu, Gereja St. Columba, Miri; Good Sherpard, Lutong; St Bernabas, Taman Tunku dan Holy Trinity Parish, Lambir.  
Manakala peruntukan berjumlah RM35,000 lagi yang masing-masingnya diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting (RM10,000); ADUN Lambir, Ripin Lamat (RM10,000); ADUN Telang Usan, Dennis Ngau (RM5,000) dan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni (RM10,000) adalah untuk Holy Trinity Parish.
Ia menjadikan keseluruhan peruntukan yang diumumkan malam tadi untuk gereja Anglikan di sini ialah RM435,000. 
Terdahulu dalam ucapannya Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Wilayah memberitahu Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berusaha untuk memastikan permintaan daripada masyarakat pelbagai kaum untuk menyediakan rumah ibadat mendapat pertimbangan sewajarnya.
"Kita, GPS sentiasa ada (di negeri ini) untuk membantu dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga merupakan pemimpin tertinggi GPS sentiasa bersedia untuk mendengar," katanya. 
"Itulah sebabnya beliau (Abang Johari) sentiasa menyokong UNIFOR bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dalam memberi dana. Sebagai tambahan kepada dana yang diberikan kepada UNIFOR, beliau juga menambahkan dalam beberapa dana daripada sumber-sumbernya yang lain.
"Itu bukti yang jelas mengenai sokongan penuhnya Kerajaan GPS Negeri kepada gereja-gereja di Sarawak," katanya lagi dan memberitahu Sarawak adalah model di mana perpaduan dan keharmonian agama telah mengatasi segalanya dan mengikat kerjasama dan kesetiaan rakyat Sarawak. 
Hadir sama di majlis berkenaan ialah Pengarah UNIFOR, Datuk Dr Ngenang Jangu, penaung merangkap Bishop Anglika, Rev. Bishop Danald Jute, pengerusi penganjur, Pemanca Wilson Siang Lim serta wakil-wakil rakyat dan paderi-paderi Gereja Anglikan. -Utusan Borneo Online



  • No comments:

    Post a Comment

    Post Bottom Ad

    Responsive Ads Here

    Pages