Siar Berita Palsu Boleh Mengundang Perpecahan Kaum Di Sarawak - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Siar Berita Palsu Boleh Mengundang Perpecahan Kaum Di Sarawak

Share This

KUCHING: Seorang pengguna media sosial Facebook (FB) Christo Michael telah berkongsi status terkini dari FB milik Markus Ngz yang menyiarkan keratan akhbar yang tidak lengkap dengan hanya memfokuskan kepada beberapa kenyataan yang tidak lengkap. 

Bagaimanapun, status itu diragui dan bersifat fitnah dengan cubaan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung dengan kepentingan kaum Dayak. 

Hasil daripada kajian terhadap isu ini, jelas membuktikan pemilik FB Christo Michael dan Markus Ngz cuba untuk membangitkan kembali berita palsu ini yang pernah ditular dalam media sosial pada Ogos 2018 dengan harapan penolakan rakyat terhadap GPS yang kini mula diterima ramai rakyat Sarawak.

Pada 21 Ogos 2018, Pemuda PBB telah membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur hasutan perkauman. Rujuk pautan untuk mengetahui berita penuh. https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/21/pemuda-pbb-buat-laporan-polis-terhadap-kenyataan-berbaur-hasutan-perkauman 


"Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Parlimen Santubong membuat laporan polis semalam, terhadap seorang pemilik akaun Facebook bernama Pemantau Yang Memantau yang telah membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman pada 19 Ogos lepas, sekitar jam 10.30 malam.

"Pemilik akaun Facebook itu juga telah menokok tambah dan memutar belit kenyataan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sebuah majlis pada Sabtu (18 Ogos) lalu.

Katanya, kenyataan sedemikian boleh menyebabkan pertelingkahan antara kaum dan memecahbelahkan keharmonian serta perpaduan rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, beberapa rakan FB kepada Christo Michael telah memberikan beberapa persoalan terhadap status yang dikongsikan itu.

Pemilik FB Shafiq Awang memberitahu "Please la brother.... itu fitnah lama by Red Bean Army.... agenda Malaya hendak memecah belahkan kaun di Sarawak...."

Sementara itu, FB Viana Marina menulis "kita sik milih bansa apa jadi mc di Sarawak... janji bukan jadi penghasut".

Malah, FB Jessica Andrew mempersoalkan "Mana link newspaper ya? Tarikh dan newspaper mana keluarkan berita ya? Nak baca juga". 

Persoalan ini dijawab FB Markus Ngz dengan kenyataan "Jessica Andrew, ini kawan yang post di wasap saya... jadi saya post di fb... link pemuda PBB buat laporan polis mengenai kes ini ada.. di Borneo Post Online".

Jawapan itu segera dibalas Jessica Andrew, "Markus Ngz tapi kalau fitnah memang kenalah...".

Sehubungan itu, setiap pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyiar atau memuat naik status yang boleh mengundang perpecahan kaum di Sarawak. 


Jika hendak berpolitik sekalipun, jangan heret kaum dan agama kerana ini adalah asas kita kepada keharmonian kaum di Sarawak. 

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages