DBKU Sediakan 3 Lokasi Zon Merokok Di Tebingan Kuching - Informasi Sarawak

Post Top Ad

Responsive Ads Here

DBKU Sediakan 3 Lokasi Zon Merokok Di Tebingan Kuching

Share This

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menetapkan kawasan merokok di tiga lokasi khas zon merokok di sekitar Tebingan Kuching. 
Tiga lokasi khas ini masing-masing di kawasan letak kereta Masjid Terapung, kawasan letak kereta bersebelahan Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching dan kawasan letak kereta Hornbill Fountain. 
Simbolik perasmian kawasan khas merokok tersebut telah dilakukan oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai di Tebingan Kuching hari ini. 
Dalam ucapan ringkasnya, Abang Abdul Wahap berkata inisiatif itu adalah susulan kepada langkah DBKU menguatkuasa Zon Bebas Asap Rokok di premis makanan dalam kawasan DBKU pada 1 Januari 2017. 
Selain itu, insiatif ini juga adalah salah satu strategi untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya asap rokok serta sekali gus mengurangkan peratusan perokok di negara. 
“Puntung rokok walaupun saiznya kecil tetapi ia akan kelihatan kotor jika dibuang secara merata-rata oleh perokok. 
“DBKU berharap penetapan tiga kawasan khas merokok di Tebingan Kuching ini akan mendidik masyarakat terutama golongan perokok agar lebih bertanggungjawab dan anti merokok,” katanya. 

1 comment:

  1. Kerajaan sepatutnya mengharamkan penjual rokok jual rokok. Saman jika jumpa rokok dijual.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages